SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) SESI 2 (OGOS) 2009

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Ditulis oleh UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Isnin, 26 Oktober 2009 08:12

Pengetua / Guru Besar atau Pegawai Kanan sahaja dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan tersebut di Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah pada hari Isnin 26 Oktober 2009 untuk diedarkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan.

Klik di sini : Semak keputusan PTK sesi Ogos 2009


Baca lagi..

Bajet 2010

|

Penjawat awam Gred 41 hingga 54 dapat bayaran khas RM500

Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan hari ini. - Bernama

30 pelajar terbaik diberi biasiswa nasional

30 pelajar terbaik berasaskan merit diberi biasiswa nasional untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti tersohor di dunia, pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama mulai tahun 2010, kad diskaun tambang 50 peratus 1Malaysia untuk pelajar, pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 ringgit sebulan untuk 2 tahun - Bajet 2010. - Bernama

Kerajaan sasar murid normal kuasai asas literasi

Kerajaan sasar semua murid normal dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun bersekolah, peruntukan 32 juta untuk tujuan ini pada tahun 2010. - Bernama

Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah

BAJET 2010: Peruntukan lebih RM30 bilion untuk pendidikan rendah dan menengah, antaranya, untuk bantuan pelajar dan biasiswa, pembinaan 80 buah sekolah baru sekolah kebangsaan rendah dan menengah, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah mubaligh.

Peruntukan RM1.1 billion untuk mengubahsuai dan naik taraf sekolah di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak - Bernama


Baca lagi..

Latihan Dalam Perkhidmatan Peringkat Sekolah Tahun 2009

|

Tarikh : 24 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 2.00 ptg
Tempat : Makmal Komputer

Slot 1

(8.00 pg - 10.00 pg)

Penceramah oleh : Tn. Hj. Md Rahim b. Abd. Majid
Tajuk : Perancangan Strategik


Slot 2

(10.30 pg - 12.30 pg)

Aktiviti : Bengkel
Oleh : Ketua Panitia

Slot 3

(1.00 tgh - 2.00 ptg)

Aktiviti : Bengkel
Oleh : Ketua Panitia/Panitia





Baca lagi..

KEMASKINI DATA EMIS ONLINE

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Ditulis oleh Zakaria b Othman
Jumaat, 23 Oktober 2009 09:53

Diminta semua GPD sekolah sila buat kemaskini data emis online seperti pada 31 Oktober 2009. Sila hantar Laporan Maklumat Sekolah Seperti Pada 31 Oktober yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar sebelum 04 November 2009 ke Unit Maklumat PPD Alor Gajah (u.p: En. Zakaria bin Othman).


Baca lagi..

PEMANSUHAN PELAKSANAAN "OPEN BOOK TEST" BAGI KOMPONEN GENERIK PEPERIKSAAN PTK DAN PPK

|

Sumber: JPM

Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran bil. KP(BPPK) 111/6 Jld.2(45) yang bertarikh 11 Mac 2009, telah memaklumkan mengenai pelaksanaan Open Book Test bagi penilaian generik Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai Mac 2009. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui suratnya bil. JPA(PERK)241/40/1-1(19) bertarikh 28 September 2009, ianya telah mewujudkan ketidakseragaman dalam aspek pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan skim-skim perkhidmatan yang lain. Sehubungan dengan itu, dengan ketetapan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pelaksanaan Open Book Test adalah dimansuhkan mulai tarikh surat siaran KP(BPPK)111/6/ Jld.4(23) bertarikh 7 Oktober 2009. Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan "Pemansuhan Open Book Test".


Baca lagi..

Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Daerah Alor Gajah

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Ditulis oleh Mohd Nor Omar
Khamis, 22 Oktober 2009 17:31

Karnival Pendidikan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 24 OKTOBER 2009 ( SABTU )

Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh.

Tempat : SK Kemuning, Alor Gajah, Melaka.

Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Daerah Alor Gajah diminta memberikan kerjasama dan melihat file attachment untuk mengetahui tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang karnival tersebut.


Baca lagi..

PENILAIAN PSS CEMERLANG NEGERI MELAKA 2009

|

Sumber : BTPN Melaka

Jabatan Pelajaran Melaka dengan kerjasama BTPN Melaka PERPUSTAM dan PUSTAKAM sedang menjalankan penilaian PSS Cemerlang bagi tahun 2009 untuk Pertandingan PSS Cemerlang Menengah dan Rendah Negeri Melaka 2009. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan markah penggredan yang dijalankan oleh PKG bagi tahun 2009. Penilaian akan bermula dari 5 hingga 9 Oktober 2009. Sekolah yang terlibat atau terpilih untuk penilaian bagi anugerah ini adalah seperti berikut ;

Sekolah Menengah Bandar
SMK Tun Tuah
SMK Gajah Berang
SMK Bukit Baru
SMK (P) Methodist
SMK Seri Kota

Sekolah Menengah Luar Bandar
SM Teknik Dato’ Seri Mohd Zin
SMK Sultan Mansor Syah
SMK Ghafar Baba
SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakob
SMK Durian Tunggal

Sekolah Rendah Bandar
SK Bukit Baru
SK(P) Methodist 2
SK Tengkera
SJKC Ping Ming
SK Batu Berendam 2

Sekolah Rendah Luar Bandar
SK Alai
SK Paya Rumput
SK Chin Chin
SK Ramuan Cina Besar
SK Nyalas

Sekolah Kurang Murid
SJKC Bertam Hulu
SK Sungai Siput
SJKC Pay Yap

Berikut adalah senarai agensi yang terlibat di dalam penilaian/penghakiman bagi pertandingan ini;

BTPN Melaka
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
Institut Perguruan Perempuan Melaka
Politeknik Kota Melaka
Politeknik Merlimau
Kolej Komuniti Bukit Beruang
Kolej Komuniti Selandar
Kolej Komuniti Jasin
Kolej Komuniti Masjid Tanah
PPD Melaka Tengah
PPD Jasin
PPD Alor Gajah

Baca lagi..

CUTI TAMBAHAN PADA 20 OKTOBER 2009 SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Merujuk kepada surat KP/KPPM/5(37) bertarikh 7 Oktober 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah mengambil Cuti Peristiwa bagi sekolah-sekolah yang masih berbaki cuti peristiwa atau cuti berganti. Bagi sekolah-sekolah yang telah habis cuti peristiwanya pada hari Selasa 20 Oktober 2009 sebagai tambahan kepada cuti yang telah dibenarkan terdahulu. Sekolah-sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan tersebut pada hari Sabtu 31 Oktober 2009.

Surat berkenaan telah dimasukkan dalam Peti Surat Sekolah di PPD Alor Gajah.Sekian untuk makluman.


Baca lagi..

PENYALAHGUNAAN APLIKASI JARINGAN SOSIAL DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

|

Sumber : JPM

Penyalahgunaan aplikasi jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter di kalangan penjawat awam. Seperti yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan, antara Garis Panduan tersebut ialah :

*
Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam online seperti newsgroup dan bulletin board; dan
*
Menggunakan kemudahan internet untuk tujuan peribadi

Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil.2 Tahun 2009 bertarikh 6 Ogos 2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara telah memutuskan bahawa penggunaan jaringan sosial tidak disekat dalam Sektor Awam dengan syarat-syarat berikut :

*
Mematuhi peraturan-peraturan sedia ada ; dan
*
Tidak melibatkan dokumen terperingkat

Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam hendaklah mematuhi Garis Panduan yang terkandung di dalam Pekeliling dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan imej, prestasi serta integriti Perkhidmatan Awam sentiasa dipandang tinggi.


Baca lagi..

Pelaksanaan Program dBLAT

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Pelaksanaan Sistem Task Force Menangani Isu-Isu Pengurusan Persekolahan Sesi 2010: Pemantauan Persediaan Akhir Tahun Sesi Persekolahan 2009 Dan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2010 (Program Dblat)

Dimaklumkan kepada tuan/puan Pengetua dan Guru Besar bahawa Data tersebut perlu dilengkapkan pada atau sebelum 19/10/2009 berdasarkan pekeliling Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia KP (BPSH-SPDK) 201/004/02(9) bertarikh 30/9/2009. Data yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke PPD Alor Gajah melalui e-mail dblat0403@gmail.com Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya seperti tertera di dalam panduan yang dikepilkan bersama siaran ini. Aplikasi DBlat versi 2009 boleh dimuat turun melalui halaman web KPM http//www.moe.gov.my

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolelah diajukan kepada En. Mohamad bin Idris, H/P No: 012-6340227. Kerjasama tuan/puan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.






Attachments:
Download this file (Penerangan Sistem DBLAT.doc)Penerangan Sistem DBLAT[ ]30 Kb
Download this file (Surat siaran DBLAT.pdf)Surat Siaran DBLAT[ ]1864 Kb



Baca lagi..

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (ASC) 2009

|

Sumber : JPN Melaka

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) Kementerian Pelajaran Malaysia 2009. Semoga dengan adanya anugerah ini dapat memberikan motivasi kepada sekolah-sekolah lain untuk menjadi lebih cemerlang. Berikut adalah nama sekolah-sekolah yang telah dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 :

1) KATEGORI SEKOLAH RENDAH BANDAR

- SK Convent Infant Jesus 1, Melaka

- SJK(C) Notre Dame, Melaka

2) KATEGORI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
- SK Chabau, Asahan, Melaka

- SK Bukit Beruang, Melaka
- SK Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

- SK Merlimau(2), Melaka

3) KATEGORI SEKOLAH MENENGAH HARIAN LUAR BANDAR

- SMK Bukit Baru, Bukit Baru, Melaka

- SMK Ayer Keroh, Ayer Keroh Melaka


Baca lagi..

TIKET PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN PTK SESI OKTOBER 2009

|

Sumber : PPD Alor Gajah

Diminta pihak sekolah menghantar wakil untuk mengambil tiket peperiksaan tersebut dengan kadar segera pada atau sebelum 13 Oktober 2009 (Selasa) di Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah (Blok B) untuk diedarkan kepada calon. Sekian.



Baca lagi..

Rahsia pelajar cemerlang

|

Rahsia pelajar cemerlang:-

KAEDAH belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda.
Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.


MENJADI seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain.

Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.

Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya.

Berikut disenaraikan beberapa tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai.

  • Sentiasa berfikiran positif

Berfikiran positif membantu pelajar membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif.

  • Nyatakan matlamat

Sentiasa sasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu kerana mereka yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa.

  • Menjaga kesihatan fizikal dan mental

Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran akan mudah diterima. Sering bersenam dan berfikiran positif. Elakkan stres yang melampau dan sesekali cuba melakukan aktiviti riadah supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Cuba elakkannya dengan mencari jalan terbaik untuk mengulang kaji pelajaran.

  • Menjaga pemakanan

Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.

Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca.

  • Cara belajar yang baik

Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam. Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat tenang untuk belajar. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik. Ia adalah perkara yang patut dielakkan kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.

  • Bergaul dengan positif

Apabila seseorang mempunyai ramai kawan, maka dia akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

  • Bersyukur

Pelajar harus bersyukur dengan setiap hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang kita alami. Jangan juga dengki dengan kejayaan orang lain, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya rahsia mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan satu kumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik.

  • Bersedia untuk gagal

Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan, pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan.



  • Hargai pendidik

Pendidik adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Guru atau hari lahir mereka. Doa pendidik sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan.

  • Usaha yang seimbang

Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala tip di atas tanpa mentelaah buku, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengadap buku tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman

Baca lagi..

Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sumber :

|

Sumber : Laman Web KPM

KENYATAAN AKHBAR
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:

(i) P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).

(ii) Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015



PENTAKSIRAN

(a) Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

(b) Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.

(c) Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Jadual Pelaksanaan MBMMBI dan mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:




Baca lagi..

Ujian Kemasukan Ke Ting. 1 SMKA/ KAA/ SABK N. Melaka 2010

|

Sumber : JPN Melaka

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam (SPI) akan mengadakan Ujian Kemasukan Murid Ke Tingkatan 1 di SMKA/ KAA dan SABK Negeri Melaka bagi tahun 2010 pada:

Tarikh: 7 Oktober 2009 (Rabu)
Tempat: SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam
Masa: 2,00 petang

Kriteria murid yang layak menduduki ujian tersebut adalah:
a} Murid Tahun 6 yang TIDAK bersekolah agama dan TIDAK menduduki UPKK
b} Murid dari luar Negeri Melaka

Keperluan semasa ujian:
a} Alat Tulis

Calon yang berminat diminta hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.


Baca lagi..

Aktiviti Pelajar Tahun 6 Selepas UPSR

|

Masa terluang selepas tamatnya peperiksaan UPSR digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar- pelajar tahun 6 dengan pelbagai aktiviti berfaedah antaranya:-



  • Aktiviti membuat kraftangan yang diajar oleh guru luar

Baca lagi..

Majlis Sambutan Hari Raya, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Peringkat Sekolah

|

Majlis Sambutan Hari Raya, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Peringkat Sekolah

Tempat :
Dataran SKBB

Masa : 11.00 pagi -12.30 tengahari


Sempena menyambut bulan syawal yang mulia ini, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin mengadakan jamuan hari raya peringkat sekolah bertempat di dataran SKBB. Jamuan ini dihadiri oleh semua para guru, staf dan pelajar.

Baca lagi..

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB