Kata Kata Aluan

|


SEKAPUR SIRIH DARIPADAGURU BESAR
(PN.HJH.ZAITON BTE DATO TAMBAY CHEK)

Assalamualaikum Wrbkth.Terlebih dahulu saya bagi pihak warga SK Bukit Beringin ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.Semoga Blog ini dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama untuk mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. Justru itu, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini dapat mempertingkat kegigihan untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini. Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang."Usaha Pasti Jaya"
Wassalam

Baca lagi..

selamat datang

|

selamat datang

Baca lagi..

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB