Jamuan Makan Malam Akhir Tahun SKBB 2009

|



20 November 2009, Jumaat , Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin telah mengadakan Jamuan Makan Malam sempena hari akhir persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2009. Jamuan ini diadakan di Alai Crystal Bay, Melaka. Jamuan ikan bakar, nasi lemak, sotong goreng tepung, Kupang, udang bakar dan ketam. Semua Guru dan pasangan serta anak-anak yang hadir menikmati jamuan tersebut. Satu Cabutan Bertauh tunggal telah diadakankan. Keluarga bertuah dan setuahnya ialah keluarga Kak K dan Abang Usop. Tahniah.....!!!!

Mudah-mudahan tahun depan jika berkesempatan, jamuan seperti ini akan diadakan lagi. Selamat bercuti dan bagi keluarga yang merancang untuk makan angin. Pandulah kereta dengan berhati-hati. Rancang perjalanan sebelum bertolak. Pastikan kenderaan yang dibawa dalam keadaan baik. Saya bagi pehat Unit ICT SKBB mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidil adha.

......................................SALAM SATU MALAYSIA.........................................


Baca lagi..

Pengumuman Keputusan UPSR Bagi Tahun 2009

|

Tempat:Dewan Sekolah SK.Bukit Beringin
Masa:11.00 pagi
Tarikh:19 November 2009

Pelajar Cemerlang 5A:

Kamarul Azim Muhaimi B. Kamaruddaman
Nurul Najeeha Bt. Saharuddin
Aliah Syazana Bt. Abdul Rahim
Liyana Bt. Roslan
Natasha Hazira Bt. Hallin
Mohammad Idlan Fitri B. Ismail

Keputusan UPSR telah disampaikan oleh En.Nordin Maarof serta Yang Berbahagia Puan Guru Besar dihadapan semua pelajar, guru-guru serta ibu-bapa..

Pengumuman itu berlangsung dengan penuh debaran oleh pelajar-pelajar tahun 6 dan ibu bapa masing-masing. Seramai 6 orang pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang 5 A, 7 orang pelajar masing- masing mendapat 4A 1B dan 4A 1C..Pelajar -pelajar target sekolah juga tidak menghampakan harapan sekolah kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang.
Pihak sekolah telah memberi sumbangan berbentuk hamper kepada pelajar-pelajar cemerlang di dalam majlis yang berlangsung keesokan hari.
Pihak sekolah amat berharap pelajar- pelajar tahun 6 dapat menyesuaikan diri di persekitaran baru serta mempertingkatkan diri untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Baca lagi..

PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

|

Pada tahun 2009 seramai 15,219 orang calon dari 231 buah sekolah bantuan kerajaan di Negeri Melaka telah menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan ini telah dijalankan pada 8 hingga 10 Sep 2009. Prestasi mata pelajaran UPSR 2009 menunjukkan pencapaian tahap penguasaan minimum semua mata pelajaran melebihi 70% kecuali Bahasa Melayu (Kefahaman) SJKT dan Bahasa Melayu (Penulisan) SJKT.

Bagi pencapaian 'A', 8 mata pelajaran menunjukkan pencapaian melebihi 30% iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman) SJKC, Matematik SJKC, Sains SJKC, Bahasa Cina (Penulisan), Bahasa Tamil (Penulisan), Bahasa Tamil (Pemahaman). Dua orang pelajar bukan Cina dari SJKC merupakan pelajar yang memperolehi 7A iaitu Muhammad Daniel bin Idrus (SJKC Bachang) dan karthika Dewi a/p Sarma Rao (SJKC Notre Demo).

Seramai 10,087 (66.41%) calon daripada 15,187 orang calon yang menduduki UPSR tahun 2009 telah mencapai penguasaan minimum gred A,B dan C bagi semua mata pelajaran. Seramai 1411 (9.29%) orang calon mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A/7A). Seramai 14,826 (97.62%) calon telah mencapai sekurang-kurangnya satu gred C iaitu telah mencapai tahap literasi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Tuan Hj Isa bin Abu mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat mendidik murid sehingga mereka berjaya dan cemerlang. Kejayaan ini adalah hasil dari permuafakatan dan kerjasama ibu bapa, pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti dan juga pihak Kementerian Pelajaran. Pengarah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepda pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan anak-anak berjaya.

Baca lagi..

PENYEKATAN APLIKASI JARINGAN SOSIAL DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

|

Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

Pihak MAMPU ada menerima satu aduan yang disalurkan melalui Y.Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara berhubung penyalahgunaan aplikasi jaringan sosial terutamanya Facebook, Friendster, MySpace dan Twitter oleh penjawat-penjawat awam pada waktu pejabat untuk tujuan peribadi. Penyalahgunaan kemudahan ICT ini untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat boleh menjejaskan fokus penjawat-penjawat awam dalam menjalankan tugas rasmi. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, ia akan menjejaskan prestasi dan imej agensi serta keseluruhan perkhidmatan awam.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) akan mengambil tindakan untuk menyekat semua aplikasi jaringan sosial dengan serta-merta di semua capaian talian rangkaian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan. Perkara ini dirujuk melalui surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KP.BPM/1/06/001/21 Jld.12 (60)) yang bertarikh 13 Oktober 2009.

Ditulis oleh Administrator
Monday, 02 November 2009

Baca lagi..

Kelulusan Penempatan Pelajar Tahun 6 ke Tingkatan 1 Tahun 2010

|

Dimaklumkan kepada semua Guru Besar dan GPK Hal Ehwal Murid supaya datang mengambil kelulusan penempatan Pelajar Tahun 6 ke Tingkatan 1 yang telah diluluskan dengan kadar segera di Unit Pengurusan Sekolah. Arahan dan prosedur tindakan terdapat di dalam surat lampiran dan perlu diambil perhatian.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, bolehlah diajukan kepada En. Mohamad bin Idris 012-6340227 atau pun kepada En. Harun bin Bakri 019-6636581.

Ditulis oleh Mohd Nor bin Hj.Omar
Khamis, 12 November 2009 12:32

Baca lagi..

BENGKEL PROGRAM QNet ’ On Line ’ SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2009

|

Setiausaha Peperiksaan sekolah menengah dan rendah dikehendaki hadir ke bengkel tersebut mengikut ketetapan seperti berikut :

Tarikh : Seperti lampiran 1
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : Seperti lampiran 1.

Peserta dikehendaki membawa peralatan dan dokumen seperti berikut :
1. Notebook / Laptop serta perisian Mozilla Firefox (Sila ikuti prosedur membawa keluar peralatan berkaitan).

2. Bahan seperti dalam Lampiran 2 dalam bentuk softcopy




Ditulis oleh Unit Kurikulum
Isnin, 09 November 2009 20:30

Baca lagi..

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB