SK Bukit Beringin mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada seorang ahli keluarga barunya iaitu Pn. Guru Besar, Pn. Normah Bte ismail.
Kami, seluruh warga SKBB mengalu-alukan kedatangan guru besar baru ini ke SKBB.
Semoga beliau dapat menjalankan tugas di tempat baru ini dengan sebaiknya.
Selamat datang Guru Besar baru ke Sk. Bukit Beringin
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminProgram Pembestarian Sekolah SKBB Tahun 2010
| author: AdminMatlamat Program Khas ICT selepas UPSR bagi pelajar tahun 6 adalah bagi meningkatkan kemahiran ICT & memberi peluang kepada pelajar meneroka sesuatu yang baru mengenai teknologi maklumat.Diharapkan program ini memberikan manfaat kepada semua....Berikut adalah maklumat program...
Tarikh: 4 Oktober 2010 - 8 Oktober 2010
Hari: Isnin - Jumaat
Tempat: Makmal SKBB
Masa: 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Peserta:Tahun 6
(Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan)
Tenaga Pengajar:
* Guru Penyelaras Bestari
* Juruteknik Komputer
* Fasilitator Schoolnet
CUTI PERISTIWA SEKOLAH SEMPENA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2010
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminSekolah akan bercuti pada ketetapan berikut:-
Tarikh: 11.10.2010
Hari : Isnin
cuti peristiwa sekolah sempena perkhemahan bersepadu unit beruniform 2010 kepada semua guru-guru dan murid. Selamat bercuti.
LAYARILAH PORTAL SKBB!!!
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminPortal Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin telah berjaya dibina. Portal ini masih baru dan dalam proses mengemaskini maklumat yang berkaitan. Guru-guru dan pelajar boleh melayari laman web ini di URL:
MAJLIS KHATAM AL QURAN & SUMBANGAN HARI RAYA
Labels: Maklumat Semasa | author: Admin3.9.2010
HARI
JUMAAT
MASA
8.00 PAGI
TEMPAT
DEWAN SKBB
SELAMAT DATANG!!!
Labels: Kelab Guru | author: Admin
Kami, seluruh warga SKBB mengalu-alukan kedatangan 2 orang pegawai baru ini ke SKBB.
Semoga mereka dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan sebaiknya.
Baca lagi..TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Labels: Maklumat Semasa | author: Admin
MASA 8.00 PAGI - 10.00 PAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS TAHUN 6 JUARA TEMPAT MAKMAL KOMPUTER SKBB PENCERAMAH EN. ABU BIN OTHMAN | MASA 8.00 PAGI - 10.00 PAGI SUBJEK BAHASA INGGERIS TAHUN 6 JUARA TEMPAT MAKMAL KOMPUTER SKBB PENCERAMAH EN. ABU ROSLAN |
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN(LADAP 3)
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminTAJUK
PEMBINAAN SAHSIAH KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
TARIKH
24 JULAI 2010
ANJURAN
SEKOLAH
MASA
8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA,PAYA LEBAR, LUBUK CINA
PENCERAMAH
USTAZ SABRI BIN ABDUL RANI
SELAMAT DATANG
Labels: Kelab Guru | author: AdminCik Siti Nor'Adiran Binti Ab Hadi yang diberi tanggungjawab sebagai Guru Ganti bagi Pn. Azura yang cuti bersalin mula bertugas pada 9 Julai 2010 .
Sementara itu, En. Ahmad Azmi Bin Saud yang memulakan tugas pada 1 Julai 2010
Kami, seluruh warga SKBB mengalu-alukan kedatangan 2 orang pegawai baru ini ke SKBB. Semoga dapat menjalankan tugas di tempat baru dengan sebaiknya.
Program Sambutan Isra' & Mikraj
Labels: Panatia Pendidikan Islam | author: AdminProgram Sambutan Isra' & Mikraj
Peringkat Sekolah
2010 M/ 1431 H
Hari:
Khamis
Tarikh:
8 Julai 2010
Masa:
7.45 pagi - 8.30 pagi
Tempat:
Dewan SKBB
Objektif
- Melaksanakan ibadah Fardhu Ain dengan sempurna dan ikhlas
- Membudayakan akhlak mulia sepanjang masa
- Mengamalkan rasa kasih sayang kepada ibu bapa, penjaga dan sesama insan
- bersikap bertanggungjawab, yakin dan berani dalam setiap tindakan yang dilakukan.
- Mengetahui Perkara Asas Kemahiran Belajar berkesan.
LADAP - SK Tanjung Bidara
Labels: Program Pembestarian | author: AdminMasa
3.00 ptg -5.00ptg
Tarikh
6 Julai 2010
Tempat
Makmal Komputer SK Tanjung Bidara
PELANCARAN PROGRAM MEMBACA 2010
Labels: MEDIA PERPUSTAKAAN | author: AdminDIRASMIKAN OLEH
PN. FORDZISAH ISMAIL
TARIKH
5 JULAI 2010
HARI
ISNIN
MASA
7.45 A.M
TEMPAT
DATARAN PERHIMPUNAN SKBB
Baca lagi..
PROGRAM SEKOLAH
Labels: Maklumat Semasa | author: Admin- PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN PROGRAM KASIH
- HARI TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas:
Hari
Rabu
Tarikh
7 Julai
Masa
8.00 – 10.00 (PROGRAM BIMBINGAN KASIH) IBU BAPA TAHUN 1-6-DEWAN
8.00 – 10.00 (PROGRAM RINTIHAN KASIH) IBU BAPA TAHUN 1-6-KANTIN
10.00 – 10.30 (PROGRAM TAUTAN KASIH) IBU BAPA TAHUN 1-6-DEWAN-BERSAMA
VISION CONSULTANT,PUSAT LATIHAN TIRAM INDAH VILLAGE, ULU TIRAM, JOHOR
10.50– 10.50 (REHAT)
10.50 – 12.00 (PENGAMBILAN BUKU PELAPORAN)
Baca lagi..
Selamat Hari Guru Cikgu.....
Labels: Hari Guru 2010 | author: AdminWarga SKBB mengucapkan Selamat Hari Guru 2010 kepada semua para pendidik di seluruh negara khususnya di negeri Melaka ini.
perutusan 2010
perutusan 2010 KPPM
Baca lagi..
PROGRAM PERMATA Pintar
Labels: PERMATA Pintar | author: AdminPERMATA Pintar UKM 1 Versi 2010
TEMPAT:
Makmal Komputer
TARIKH:
11 MEI (TAHUN 2 & 3)
12 MEI (TAHUN 4 & 5)
13 MEI (TAHUN 6)
Baca lagi..
Perjumpaan Ibu -Bapa Tahun 6
Labels: Penyelaras ICT | author: Admin20/4-23/4/10
HARI
ISNIN,SELASA,RABU
MASA
9.00PG-12TGH
TEMPAT
MAKMAL KOMPUTER
KEHADIRAN
IBU BAPA/PENJAGA TAHUN 6
Majlis Perpisahan
Labels: Kelab Guru | author: Admin20 April 2010
Hari
Selasa
Masa
2.00 ptg
Tempat
Shah's Beach Resort
Yang Diraikan
Tn. Hj. Md. Lazi Md. Sani
&
Pn. Mashida Bakar
Lawatan Sambil Belajar
Labels: Takwim Sekolah | author: Admin13 APRIL 2010
HARI
SELASA
MASA
8.00pagi
TEMPAT
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH NEGERI MELAKA
Kejohanan Merentas Desa
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminKejohanan Merentas Desa peringkat sekolah tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah. Pelajar tahap 2 yang terlibat diberi penerangan sebelum kejohanan mengenai keselamatan diri oleh Urusetia, En. Mat Suhairi. Acara dimulakan pada jam 3.00ptg dan disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Fordzisah Ismail. Keputusan keseluruhan dimenangi oleh rumah merah manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan kuning. Juara serta tempat kedua membawa pulang trofi piala pusingan sumbangan Hj. Md. Lazi Bin.Md. Sani.
TAKLIMAT PROFESIONAL GURU BAHASA MELAYU
Labels: Bahasa Melayu | author: Admin
TAKLIMAT PROFESIONAL GURU BM 2010 -
Baca lagi..
Blog Pusat Akses
Labels: Penyelaras ICT | author: AdminMulai 12 April 2010, seluruh warga SKBB boleh melayari ke blog Pusat Akses yang baru dibina seperti berikut:
Baca lagi..
Kejohanan Merentas Desa
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminJARAK
Lelaki:3.5km
Perempuan:2.7km
Berikut disertakan pelan Kejohanan Merentas Desa untuk tatapan semua:
From Kejohanan Merentas Desa |
Baca lagi..
Jadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminJadual Baru Pengisian Data Maklumat SPPICTS 2010
Kutipan 1/2010 (12 April - 9 Mei 2010)
Catatan:
· Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).
· Pada 17 April (Sabtu), 24 April (Sabtu) dan 2 Jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
· Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
Pertukaran Guru dan Staff Sokongan
| author: AdminFrom Guru SKBB 2009 |
HJ.MD LAZI BIN MD SANI
From Staf Sokongan SKBB |
PN MASHIDA BTE BAKAR
En. Md. Lazi akan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Lesung Batu dan akan dinaikkan pangkat daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum kepada Guru Hal Ehwal Murid manakala Pn. Mashida Bakar akan ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Tambichik Karim..
Semoga mereka akan terus berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru..Diharapkan kalian tidak melupakan seluruh warga SKBB
Baca lagi..
Gotong Royong Perdana
Labels: Takwim Sekolah | author: Admin3 APRIL 2010
HARI
SABTU
MASA
8.30 PG-1.00 TGH
TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN
KEHADIRAN
PENTADBIR,GURU-GURU,STAFF SOKONGAN SERTA PELAJAR
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 34
Labels: Pengurusan HEM | author: AdminTARIKH
2 APRIL 2010
HARI
JUMAAT
MASA
2.45 PETANG
TEMPAT
DEWAN SKBB
YANG BERHORMAT DATUK HAJI IDDERIS B. KASSIM
LATIHAN KEBAKARAN 2010
Labels: Pengurusan HEM | author: Admin1 APRIL 2010
HARI:
KHAMIS
Latihan kebakaran telah dilakukan pada pukul 11 pagi yang bertujuan memastikan setiap murid dapat mematuhi arahan yang telah diberikan dan berkumpul di dataran perhimpunan SKBB dalam tempoh masa 5 minit.
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010
Labels: MEDIA PERPUSTAKAAN | author: Admin30 MAC 2010
HARI:
SELASA
TEMPAT:
DATARAN PERHIMPUNAN SKBB
DIRASMIKAN OLEH:
EN. SHUHANI BIN HASSAN
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN
BTPN MELAKA
QNET ONLINE 2010
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminTAHNIAH!!!
Sehingga tarikh 24 Mac 2010, Jam 3.36pm.
1.SJKC Lendu 2.SK Kemuning 3.SK Menggong 4.SK Ramuan China Besar 5.SK Sungai Siput 6.SK Tebong 7.SK Sungai Buloh 8. SJKC Khiak Yew 9. SJKC Masjid Tanah 10. SJKT Alor Gajah 11. SK Alor Gajah 1 12. SK Ayer Paabas 13. SK Lubok Redan 14. SK Padang Sebang 15. SK Lendu 16. SJKC Kiow Min 17. SJKC Peng Min 18. SJKT Ladang Tebong 19. SK Jeram
Telah melengkapkan butiran Qnet Online Tahun 6 Ujian 1.
KUTIPAN DATA SPPICTS 2010
Labels: Berita Dari BTPN Melaka | author: AdminTarikh kutipan data Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT di Sekolah bagi 2010 telah ditetapkan seperti berikut :
Kutipan Pertama | 21 MAC hingga 09 APRIL 2010 |
Kutipan Kedua | 20 JUN hingga 09 JULAI 2010 |
Kutipan Ketiga | 19 SEPTEMBER hingga 08 OKTOBER 2010 |
Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online untuk mendapatkan makluman terkini dan muat turun manual pengguna.
Baca lagi..
KEMASKINI MAKLUMAT QNET ONLINE (SEGERA)
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminKepada Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Menengah/Rendah,
Daerah Alor Gajah.
Untuk makluman dan tindakan sekolah Men/Ren berkaitan (u.p: Setiausaha peperiksaan sekolah). Didapati sekolah masih lagi belum melengkapkan/mengemaskinikan maklumat Qnet secara online (Ujian 1). Sila ambil tindakan dengan kadar segera.
TAHNIAH!!!
1.SJKC Lendu 2.SK Kemuning 3.SK Menggong 4.SK Ramuan China Besar 5.SK Sungai Siput 6.SK Tebong 7.SK Sungai Buloh.
Telah melengkapkan butiran Qnet Online Tahun 6 Ujian 1.
TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENGAWAS
Labels: Pengawas Dan Disiplin | author: AdminSEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH,
MELAKA PADA 8 FEBRUARI 2010
DISEDIAKAN OLEH : MEJ JEN DATO’ RAZALI HJ AHMAD
PANGLIMA 3 DIV
TARIKH/MASA : 8 FEBRUARI 2010 JAM 0800
TEMPAT : SKBB, MASJID TANAH
TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN WASSOLATU WASSOLAMU ALA ASHRAFIL ANBIYAR IWAR MURSOLIN WAALA ALIHI WASIBIHI AJ’MAIN.
YANG BERUSAHA PUAN FORZISAH BINTI ISMAIL, GURU BESAR SK BUKIT BERINGIN, YANG DIHORMATI TUAN HAJI NORDIN BIN MAAROF, GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM, ENCIK ABD RAZAK BIN KARIM, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, TUAN HAJI MD LAZI BIN MD SANI. GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM,
YANG DIHORMATI GURU-GURU, BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
HADIRIN SEKALIAN YANG DIRAHMATI ALLAH,
TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SUBHANALLAH TAALA KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAHNYA DAPAT SAYA BERSAMA DENGAN GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN PADA HARI INI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BARISAN PENGAWAS BAGI TAHUN 2010. SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN PIHAK PENTADBIR SEKOLAH YANG TELAH SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MERASMIKAN MAJLIS INI. PERASAAN GEMBIRA SAYA INI MENJADI LEBIH BERMAKNA LAGI KERANA SAYA MERUPAKAN ANAK JATI MASJID TANAH, MENERIMA PENDIDIKAN AWAL DI MASJID TANAH ENGLISH SCHOOL DAN SEKOLAH MENENGAH MASJID TANAH. SAYA BERJANJI AKAN MEMBANTU TEMPAT KELAHIRAN SAYA SEBAIK MUNGKIN DAN TERUS MENCURAHKAN BAKTI KEPADA TEMPAT KELAHIRAN YANG SAYA SAYANGI INI. PADA MASA INI, SAYA ADALAH PANGLIMA 3 DIVISYEN YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PEMERINTAHAN SELATAN NEGARA. TANGGUNGJAWAB JAJAHAN KESELAMATAN SAYA MERANGKUMI NEGERI-NEGERI PAHANG, NEGERI SEMBILAN, JOHOR DAN MELAKA. JIKA KITA MAHU MEMBICARAKAN DISIPLIN, SAYA SEORANG YANG AMAT BERPENGALAMAN KERANA SAYA SUDAH MELIHAT 32 TAHUN DISIPLIN DALAM TENTERA.
MURID-MURID SKBB YANG DIKASIHI SEKALIAN,
DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SPBT DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DIATAS PERLANTIKAN MEREKA PADA HARI INI. SAYA YAKIN PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI TELAH MELALUI SATU PROSES PEMILIHAN YANG RAPI AGAR MEREKA YANG TERPILIH MEMILIKI CIRI-CIRI KEPIMPINAN UNTUK MEMBIMBING RAKAN-RAKAN MEREKA DI SEKOLAH SERTA DAPAT MEMBANTU GURU-GURU MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. HANYA DENGAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SAHAJA DAPAT MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG EFISEN DAN MENJADI MODAL INSAN NEGARA YANG PRODUKTIF. SESUNGGUHNYA PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK HARUS BERASA BERTUAH DENGAN PERLANTIKAN INI. SAYA MEMOHON KEPADA MEREKA AGAR BERASA SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SENTIASA MENGINGATINYA SEMASA MEMIKUL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU NANTI. SEHUBUNGAN ITU, PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEREKA PATUT DIRAIKAN.
APAKAH PERANAN PENGAWAS? PEGAWAS ADALAH PEMIMPIN KECIL YANG DIPILIH UNTUK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH AGAR DAPAT MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KEMAS DAN TERATUR. PERSEKITARAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH MENENTUKAN SUASANA YANG DAMAI, SITUASI YANG TERKAWAL DAN MENUMPUKAN KEPADA FUNGSI UTAMA SEBUAH SEKOLAH - MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERPOTENSI MENJADI PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN DAN TUNGGAK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM APA JUA BIDANG YANG MEREKA MINATI. SAYA BERHARAP PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI DAPAT MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN PENUH AMANAH, JUJUR, IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA INGIN MENGUNJURKAN SIFAT-SIFAT ASMA’UL HUSNA IAITU 99 SIFAT ALLAH PERLU SEBATI DIDALAM HATI SANUBARI TIAP-TIAP PENGAWAS AGAR MEREKA SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK DAN PERLINDUNGAN DARI YANG MAHA ESA DAN SENTIASA TENANG MELAKSANAKAN TUGAS. SAYA JUGA INGIN MEMBERI INGATAN AGAR MEREKA MEMELIHARA SOLAT DAN SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SERTA MEMINTA KEPADANYA AGAR URUSAN HARIAN MEREKA MENDAPAT PAHALA YANG AMAT BESAR DAN DIBERKATI KEHIDUPAN MEREKA. ITU JANJI ALLAH. PADA MASA YANG SAMA, SAYA BERHARAP MEREKA TIDAK MENGABAIKAN PELAJARAN AKADEMIK MEREKA SENDIRI DI DALAM DARJAH.
APAKAH EKSPEKTASI GURU-GURU DAN MURID-MURID TERHADAP SEORANG PENGAWAS? PENGAWAS SEPATUTNYA MENJADI CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SEMUA MURID YANG LAIN. KEPERIPADIAN SEORANG PENGAWAS HARUS MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI SEORANG KHALIFAH KECIL – BERSIFAT MULIA, KETRAMPILAN YANG KEMAS DAN BIJAK MENGURUS MASA UNTUK DIRI SENDIRI DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH. SAYA JUGA MAHUKAN PENGAWAS SENTIASA BERSIFAT INSAF DAN BERMUHASABAH DIRI SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS SEORANG PENGAWAS. JADILAH SEORANG PENGAWAS YANG DISEGANI.
BAGI MURID-MURID LAIN PULA, SAYA INGIN BERPESAN AGAR SENTIASA MESTI MEMBERI KERJASAMA KEPADA SEMUA PENGAWAS YANG DILANTIK. SAYA INGIN MENASIHATI MURID-MURID AGAR MEMATUHI DAN MENGHAYATI PERATURAN SEKOLAH SUPAYA GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH DAPAT MENUMPUKAN KEPADA USAHA DALAM MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITAS SEKOLAH SERTA PEMBANGUNAN AKADEMIK BAGI MENENTUKAN KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN SEKOLAH DAPAT DIPERTINGKATKAN. MURID-MURID PERLU MENGHORMATI PENGAWAS. JAUHI SIKAP-SIKAP NEGATIF SEPERTI PERBUATAN MEROSAKKAN FASILITAS SEKOLAH, PERBUATAN MEMBULI DAN BERGADUH SERTA TIDAK MENGHORMATI GURU-GURU DAN KAWAN-KAWAN SEKOLAH.
SAYA JUGA INGIN MENASIHATKAN SEMUA MURID SKBB AGAR MENGUTAMAKAN PELAJARAN DI SEKOLAH. HANYA DENGAN MEMILIKI PENGETAHUAN DAN KELULUSAN YANG TINGGI SAHAJA DAPAT MENJAMIN KEHIDUPAN KITA PADA MASA HADAPAN. SESUNGGUHNYA ‘PENGETAHUAN ITU KUASA’ (KNOWLEDGE IS POWER). IANYA SUNGGUH PENTING DALAM KEHIDUPAN. PENGETAHUAN MEMBOLEHKAN KITA MENDEKATI ALLAH SUBHANALLAH, PENGETAHUAN DAPAT MENGUBAH TARAF HIDUP SESEBUAH KELUARGA, PENGETAHUAN DAPAT MEMENUHI APA YANG KITA CITA-CITAKAN, PENGETAHUAN DAPAT MEMBEZAKAN YANG BAIK DENGAN BURUK. UNTUK MEMPEROLEHI PENGETAHUAN, MURID-MURID HARUS BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDISIPLIN KETIKA BELAJAR KERANA DISIPLIN ASAS KEJAYAAN, SENTIASA BERUSAHA TANPA MENGENAL PUTUS ASA DAN YANG PENTING SEKALI MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR DITERANGKAN HATI SUPAYA MUDAH MENERIMA DAN MENGGUNAKAN PENGETAHUAN UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN DI BUMI ALLAH INI.
MURID-MURID SKBB YANG DIKASIHI SEKALIAN,
DIKESEMPATAN INI, SAYA BERDOA AGAR SKBB SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN ALLAH DAN DIBERI PERLINDUNGAN AGAR SENTIASA BERUPAYA MELAHIRKAN INSAN-INSAN YANG MENJADI KEBANGGAAN NEGARA DAN DIJAUHI DARI SEGALA BENCANA ATAU MUSIBAH. SAYA BERHARAP GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH AKAN MELIPATGANDAKAN USAHA MEREKA DALAM MEMBENTUK DAN MEMBERI PELAJARAN KEPADA SEMUA MURID SEKOLAH INI. SAYA JUGA BERDOA AGAR MURID-MURID SEKOLAH INI SENTIASA BEROLEH KEJAYAAN DIDALAM PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN YANG MEREKA BAKAL HADAPI.
SAYA JUGA BERJANJI AKAN MEMBERI SEGALA BENTUK BANTUAN KEPADA KEPERLUAN SEKOLAH INI SEBAIK MUNGKIN SEBAGAI SALAH SATU SUMBANGAN TENTERA KEPADA MASYARAKAT DALAM MENGEMBELINGKAN KUASA NASIONAL UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI. SELAIN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA, TENTERA JUGA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL MEMBELA RAKYAT AGAR PERSEKITARAN KESELAMATAN NEGARA SENTIASA TERJAMIN DAN TERKAWAL.
AKHIRKATA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR SKBB SENTIASA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM AKTIVITI AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM DAN MENJADI SEKOLAH CONTOH DI MELAKA INI. SAYA JUGA BERDOA AGAR MURID-MURID SEKELIAN MENDAPAT KEJAYAAN DALAM MENGHADAPI URUSAN PERSEKOLAHAN.
AKHIRKATA, SAYA INGIN MENGUNGKAPKAN BAIT-BAIT SAJAK YANG SAYA TULIS SEMASA MAJLIS HARI GURU 1976 DI SMMT, YANG SEBENARNYA MENGGAMBARKAN PERJALANAN HIDUP SAYA. BEGINI BUNYINYA:
HIDUP INI MERUPAKAN SUATU PERJUANGAN
BUKANNYA PERJUANGAN TANPA MERANDOK KORBAN
SEPERTI BUKANNYA LAUTAN TANPA GELOMBANG
ITULAH HAKIKAT HIDUP SEJATI
MENUJU PERJUANGAN YANG ABADI
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA MERASMIKAN MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SPBT DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN BAGI TAHUN 2010.
SEKIAN, TERIMA KASIH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT Dan Pembimbing Rakan Sebaya 2010
Labels: Pengawas Dan Disiplin | author: Admin8 FEBRUARI 2010
HARI :
ISNIN
TEMPAT :
DATARAN PERHIMPUNAN SKBB
DISEMPURNAKAN OLEH :
Mejar Jeneral Dato' Razali Bin Hj. Ahmad
(PANGLIMA 3 DIVISYEN)
Baca lagi..
Nombor Telefon Baru SPI
Labels: Berita Dari SPI Melaka | author: AdminSukacita dimaklumkan, nombor telefon Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka telah ditukar kepada nombor baru iaitu 06-2326732, berkuatkuasa serta merta. Harap maklum.
Talian Am :
06-232 6732/2326301 (Blok A)
06-232 4607 (PIPA- Blok B)
06-233 2949 (Fax)
Talian Terus (Direct Line):
Ketua Sektor: 06-2326334
Ketua Unit PPI (Ust. Dahrom bin Hashim): 06-2327197
Ketua Unit OD (Ust. Tn. Hj. Haris bin Mahat): 06-2326387
Ketua Unit PIPA (Ust. Roslan b. Ab. Latib):06-2326241
PELAKSANAAN LDP SECARA 'SCHOOL BASED' 2010
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminTarikh-tarikh pelaksanaan aktiviti LDP 'school based';
1.LDP 1 - 27 Mac 2010
2.LDP 2 - 24 April 2010
3.LDP 3 - 22 Mei 2010
4.LDP 4 - 24 Julai 2010
5.LDP 5 - 28 Ogos 2010
6.LDP 6 - 23 Oktober 2010
Sekolah harab maklum.
PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARI SERTA GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SEKOLAH
Labels: Berita Dari JPM | author: AdminY.Bhg. Datuk/Dato'/Datuk/Tuan/Puan
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2005 mengenai Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan Dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah). Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk mematuhi pekeliling tersebut.
Untuk maklumat lanjut sila klik pautan Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005.
QNET ONLINE
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminMakluman kepada setiausaha peperiksaan sekolah. Kemaskinikan maklumat Qnet sekolah secara online. Rujuk buku Panduan Qnet yang telah dibekalkan. Sila hubungi Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) En.Marwan bin Mohamed jika ada masalah.
PENGURUSAN PERKHIDMATAN RANGKAIAN SCHOOLNET TAHUN 2010
Labels: Berita Dari JPM | author: AdminY.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Keputusan Mesyuarat Pengurusan KPM yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri KSU, telah memutuskan bahawa bermula 2010 segala pengurusan berkaitan Rangkaian SchoolNet adalah di bawah tanggungjawab pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP).
Sebarang aduan/permohonan berkaitan projek ini hendaklah di salurkan terus melalui BTP Bukit Kiara (03-20987818) atau BTP Negeri Melaka (06-2324478).
PENGHANTARAN DATA SMM VER 4.0 BULAN JANUARI 2010
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminPERHATIAN KEPADA SEMUA GPK HEM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH ALOR GAJAH:
Sila hantar data SMM seperti pada 31 Januari 2010 ke PPD (UP. En. Tee) sebelum atau pada 22 Januari 2010. Bahan yang perlu dihantar:
1. Disket data SMM Ver. 4.0
2. Lampiran Pengesahan (Cetakan dari SMM)
Sekian, terima kasih.
Baca lagi..