SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH,
MELAKA PADA 8 FEBRUARI 2010
DISEDIAKAN OLEH : MEJ JEN DATO’ RAZALI HJ AHMAD
PANGLIMA 3 DIV
TARIKH/MASA : 8 FEBRUARI 2010 JAM 0800
TEMPAT : SKBB, MASJID TANAH
TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN WASSOLATU WASSOLAMU ALA ASHRAFIL ANBIYAR IWAR MURSOLIN WAALA ALIHI WASIBIHI AJ’MAIN.
YANG BERUSAHA PUAN FORZISAH BINTI ISMAIL, GURU BESAR SK BUKIT BERINGIN, YANG DIHORMATI TUAN HAJI NORDIN BIN MAAROF, GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM, ENCIK ABD RAZAK BIN KARIM, GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, TUAN HAJI MD LAZI BIN MD SANI. GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM,
YANG DIHORMATI GURU-GURU, BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
HADIRIN SEKALIAN YANG DIRAHMATI ALLAH,
TERLEBIH DAHULU IZINKAN SAYA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KEHADRAT ALLAH SUBHANALLAH TAALA KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAHNYA DAPAT SAYA BERSAMA DENGAN GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN PADA HARI INI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN BARISAN PENGAWAS BAGI TAHUN 2010. SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN PIHAK PENTADBIR SEKOLAH YANG TELAH SUDI MENJEMPUT SAYA UNTUK MERASMIKAN MAJLIS INI. PERASAAN GEMBIRA SAYA INI MENJADI LEBIH BERMAKNA LAGI KERANA SAYA MERUPAKAN ANAK JATI MASJID TANAH, MENERIMA PENDIDIKAN AWAL DI MASJID TANAH ENGLISH SCHOOL DAN SEKOLAH MENENGAH MASJID TANAH. SAYA BERJANJI AKAN MEMBANTU TEMPAT KELAHIRAN SAYA SEBAIK MUNGKIN DAN TERUS MENCURAHKAN BAKTI KEPADA TEMPAT KELAHIRAN YANG SAYA SAYANGI INI. PADA MASA INI, SAYA ADALAH PANGLIMA 3 DIVISYEN YANG BERTANGGUNGJAWAB DENGAN PEMERINTAHAN SELATAN NEGARA. TANGGUNGJAWAB JAJAHAN KESELAMATAN SAYA MERANGKUMI NEGERI-NEGERI PAHANG, NEGERI SEMBILAN, JOHOR DAN MELAKA. JIKA KITA MAHU MEMBICARAKAN DISIPLIN, SAYA SEORANG YANG AMAT BERPENGALAMAN KERANA SAYA SUDAH MELIHAT 32 TAHUN DISIPLIN DALAM TENTERA.
MURID-MURID SKBB YANG DIKASIHI SEKALIAN,
DISINI SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SPBT DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DIATAS PERLANTIKAN MEREKA PADA HARI INI. SAYA YAKIN PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI TELAH MELALUI SATU PROSES PEMILIHAN YANG RAPI AGAR MEREKA YANG TERPILIH MEMILIKI CIRI-CIRI KEPIMPINAN UNTUK MEMBIMBING RAKAN-RAKAN MEREKA DI SEKOLAH SERTA DAPAT MEMBANTU GURU-GURU MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA MEMBERI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI. HANYA DENGAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI SAHAJA DAPAT MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG EFISEN DAN MENJADI MODAL INSAN NEGARA YANG PRODUKTIF. SESUNGGUHNYA PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK HARUS BERASA BERTUAH DENGAN PERLANTIKAN INI. SAYA MEMOHON KEPADA MEREKA AGAR BERASA SYUKUR KEPADA ALLAH DAN SENTIASA MENGINGATINYA SEMASA MEMIKUL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ITU NANTI. SEHUBUNGAN ITU, PADA HARI YANG BERSEJARAH INI MEREKA PATUT DIRAIKAN.
APAKAH PERANAN PENGAWAS? PEGAWAS ADALAH PEMIMPIN KECIL YANG DIPILIH UNTUK MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMBANTU GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH AGAR DAPAT MEWUJUDKAN SATU PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KEMAS DAN TERATUR. PERSEKITARAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH MENENTUKAN SUASANA YANG DAMAI, SITUASI YANG TERKAWAL DAN MENUMPUKAN KEPADA FUNGSI UTAMA SEBUAH SEKOLAH - MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERPOTENSI MENJADI PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN DAN TUNGGAK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM APA JUA BIDANG YANG MEREKA MINATI. SAYA BERHARAP PENGAWAS-PENGAWAS YANG DILANTIK PADA HARI INI DAPAT MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA DENGAN PENUH AMANAH, JUJUR, IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB. SAYA INGIN MENGUNJURKAN SIFAT-SIFAT ASMA’UL HUSNA IAITU 99 SIFAT ALLAH PERLU SEBATI DIDALAM HATI SANUBARI TIAP-TIAP PENGAWAS AGAR MEREKA SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK DAN PERLINDUNGAN DARI YANG MAHA ESA DAN SENTIASA TENANG MELAKSANAKAN TUGAS. SAYA JUGA INGIN MEMBERI INGATAN AGAR MEREKA MEMELIHARA SOLAT DAN SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SERTA MEMINTA KEPADANYA AGAR URUSAN HARIAN MEREKA MENDAPAT PAHALA YANG AMAT BESAR DAN DIBERKATI KEHIDUPAN MEREKA. ITU JANJI ALLAH. PADA MASA YANG SAMA, SAYA BERHARAP MEREKA TIDAK MENGABAIKAN PELAJARAN AKADEMIK MEREKA SENDIRI DI DALAM DARJAH.
APAKAH EKSPEKTASI GURU-GURU DAN MURID-MURID TERHADAP SEORANG PENGAWAS? PENGAWAS SEPATUTNYA MENJADI CONTOH DAN TELADAN YANG BAIK KEPADA SEMUA MURID YANG LAIN. KEPERIPADIAN SEORANG PENGAWAS HARUS MEMILIKI SIFAT-SIFAT TERPUJI SEORANG KHALIFAH KECIL – BERSIFAT MULIA, KETRAMPILAN YANG KEMAS DAN BIJAK MENGURUS MASA UNTUK DIRI SENDIRI DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH. SAYA JUGA MAHUKAN PENGAWAS SENTIASA BERSIFAT INSAF DAN BERMUHASABAH DIRI SEMASA MELAKSANAKAN TUGAS SEORANG PENGAWAS. JADILAH SEORANG PENGAWAS YANG DISEGANI.
BAGI MURID-MURID LAIN PULA, SAYA INGIN BERPESAN AGAR SENTIASA MESTI MEMBERI KERJASAMA KEPADA SEMUA PENGAWAS YANG DILANTIK. SAYA INGIN MENASIHATI MURID-MURID AGAR MEMATUHI DAN MENGHAYATI PERATURAN SEKOLAH SUPAYA GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH DAPAT MENUMPUKAN KEPADA USAHA DALAM MEMBANGUNKAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITAS SEKOLAH SERTA PEMBANGUNAN AKADEMIK BAGI MENENTUKAN KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN SEKOLAH DAPAT DIPERTINGKATKAN. MURID-MURID PERLU MENGHORMATI PENGAWAS. JAUHI SIKAP-SIKAP NEGATIF SEPERTI PERBUATAN MEROSAKKAN FASILITAS SEKOLAH, PERBUATAN MEMBULI DAN BERGADUH SERTA TIDAK MENGHORMATI GURU-GURU DAN KAWAN-KAWAN SEKOLAH.
SAYA JUGA INGIN MENASIHATKAN SEMUA MURID SKBB AGAR MENGUTAMAKAN PELAJARAN DI SEKOLAH. HANYA DENGAN MEMILIKI PENGETAHUAN DAN KELULUSAN YANG TINGGI SAHAJA DAPAT MENJAMIN KEHIDUPAN KITA PADA MASA HADAPAN. SESUNGGUHNYA ‘PENGETAHUAN ITU KUASA’ (KNOWLEDGE IS POWER). IANYA SUNGGUH PENTING DALAM KEHIDUPAN. PENGETAHUAN MEMBOLEHKAN KITA MENDEKATI ALLAH SUBHANALLAH, PENGETAHUAN DAPAT MENGUBAH TARAF HIDUP SESEBUAH KELUARGA, PENGETAHUAN DAPAT MEMENUHI APA YANG KITA CITA-CITAKAN, PENGETAHUAN DAPAT MEMBEZAKAN YANG BAIK DENGAN BURUK. UNTUK MEMPEROLEHI PENGETAHUAN, MURID-MURID HARUS BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDISIPLIN KETIKA BELAJAR KERANA DISIPLIN ASAS KEJAYAAN, SENTIASA BERUSAHA TANPA MENGENAL PUTUS ASA DAN YANG PENTING SEKALI MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR DITERANGKAN HATI SUPAYA MUDAH MENERIMA DAN MENGGUNAKAN PENGETAHUAN UNTUK MEMBUAT KEBAIKAN DI BUMI ALLAH INI.
MURID-MURID SKBB YANG DIKASIHI SEKALIAN,
DIKESEMPATAN INI, SAYA BERDOA AGAR SKBB SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN ALLAH DAN DIBERI PERLINDUNGAN AGAR SENTIASA BERUPAYA MELAHIRKAN INSAN-INSAN YANG MENJADI KEBANGGAAN NEGARA DAN DIJAUHI DARI SEGALA BENCANA ATAU MUSIBAH. SAYA BERHARAP GURU-GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH AKAN MELIPATGANDAKAN USAHA MEREKA DALAM MEMBENTUK DAN MEMBERI PELAJARAN KEPADA SEMUA MURID SEKOLAH INI. SAYA JUGA BERDOA AGAR MURID-MURID SEKOLAH INI SENTIASA BEROLEH KEJAYAAN DIDALAM PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN YANG MEREKA BAKAL HADAPI.
SAYA JUGA BERJANJI AKAN MEMBERI SEGALA BENTUK BANTUAN KEPADA KEPERLUAN SEKOLAH INI SEBAIK MUNGKIN SEBAGAI SALAH SATU SUMBANGAN TENTERA KEPADA MASYARAKAT DALAM MENGEMBELINGKAN KUASA NASIONAL UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI. SELAIN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA, TENTERA JUGA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL MEMBELA RAKYAT AGAR PERSEKITARAN KESELAMATAN NEGARA SENTIASA TERJAMIN DAN TERKAWAL.
AKHIRKATA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR SKBB SENTIASA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM AKTIVITI AKADEMIK DAN KO-KURIKULUM DAN MENJADI SEKOLAH CONTOH DI MELAKA INI. SAYA JUGA BERDOA AGAR MURID-MURID SEKELIAN MENDAPAT KEJAYAAN DALAM MENGHADAPI URUSAN PERSEKOLAHAN.
AKHIRKATA, SAYA INGIN MENGUNGKAPKAN BAIT-BAIT SAJAK YANG SAYA TULIS SEMASA MAJLIS HARI GURU 1976 DI SMMT, YANG SEBENARNYA MENGGAMBARKAN PERJALANAN HIDUP SAYA. BEGINI BUNYINYA:
HIDUP INI MERUPAKAN SUATU PERJUANGAN
BUKANNYA PERJUANGAN TANPA MERANDOK KORBAN
SEPERTI BUKANNYA LAUTAN TANPA GELOMBANG
ITULAH HAKIKAT HIDUP SEJATI
MENUJU PERJUANGAN YANG ABADI
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, SAYA MERASMIKAN MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SPBT DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN BAGI TAHUN 2010.
SEKIAN, TERIMA KASIH. WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Kelahirannya adalah rahmat kepada keseluruhan alam.
-
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H.
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar
iaitu pada hari Jumaat...
12 years ago