Diminta semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Alor Gajah mengarahkah semua warga pendidik di bawah kawalan masing-masing supaya membuat penarafan kendiri dengan menjawab item-item yang terkandung dalam instrumen SGM dalam talian secara jujur agar penilaian yang tepat terhadap pencapaian standard keguruan masing-masing dapat diperolehi. Maklumat dan instrumen SGM dalam talian boleh dicapai menerusi URL:http://apps.moe.gov.my/sgm. Tempoh pengoperasian SGM dalam talian akan berlangsung sehingga 31 Disember 2011.
Sumber : PPD Alor Gajah
PENGOPERASIAN STANDARD GURU MALAYSIA
Labels: Berita PPD Alor Gajah | author: AdminPerkhemahan UPSR 2011
Labels: Kemerlangan UPSR | author: Admin
Program kecemerlangan melibatkan semua calon UPSR 2011 dan 10 orang murid Tahun 5, dibantu oleh semua guru SKBB.
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia - Sk Bukit Beringin
| author: Admin
Pada Hari Sabtu 2 Julai 2011 Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dijalankan serentak satu malaysia. SKBB tidak ketinggalan mengikuti program tersebut.Penyertaan terdiri daripada murid, guru serta ibubapa pelajar. Tahniah SKBB. Satu............... Malaysia......
Temasya Sukan Tahunan Kali 21 / 2011
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminWakil Mejar Jeneral Dato'Razali b Ahmad Panglima 3 Div telah merasmikan Temasya Sukan SKBB kali ke 21 .
LADAP 2 2011
Labels: LADAP 2011 | author: AdminGuru - guru telah menghadiri Ladap 2 2011 pada ketetapan berikut:
Tarikh: 23 April 2011
Hari: Sabtu
Masa: 8.00pg - 2.00 ptg
Kehadiran: Semua warga guru SKBB & Juruteknik Komputer SKBB
Pusat Akses
Labels: Pusat Akses | author: AdminURL Pusat Akses:
http://pa-skbbmt.blogspot.com/
PERSARAAN PN. FATIMAH BINTI SAID
Labels: Persaraan Guru | author: Admin
TARIKH : 8 APRIL 2011
HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SKBB - 8.00 - 11.00 PAGI ( SEND OFF )
HOTEL CITY BAYVIEW - 2.30 PTG - JAMUAN BERSAMA WARGA SKBB
YANG DIRAIKAN : PN. FATIMAH SAID
Renungan untuk manusia yang bergelar anak.
Labels: Tazkirah | author: AdminDia Ibuku.......(sekadar renungan bersama)
Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
---
~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~
LADAP 1/2011
Labels: LADAP 2011 | author: AdminPada hari Sabtu 26 Mac yang lepas.. Semua guru-guru SK Bukit Beringin telah menghadiri kursus LADAP buat kali pertama. Kursus ini telah di jalankan di Makmal Komputer Sekolah . Sebelum aktiviti dimulakan, guru – guru menunaikan Solat Hajat Berjemaah di Pusat Sumber Sekolah . Antara slot-slot yang dijalankan adalah seperti berikut:-
Slot 1 : Qnet Pn Norfadhilah bt Mohd Diah
Naib SUP
Slot 2 : Penggunaan Portal & Email Rasmi Sekolah En. Md Abu Fadrey b Md Yusof
Guru Penyelaras Bestari
Slot 3 : Pentakiran Berasaskan Sekolah Pn Normah bt Ismail Guru Besar
SK Bukit Beringin
Majlis Pelantikan
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminTarikh
17 Januari 2011
Hari
Isnin
Tempat
Dataran Perhimpunan SKBB
Disempurnakan Oleh
YB Tuan Hj. Amiruddin B. Mohd Yusoff
(Adun Ayer Limau)
Baca lagi..
Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR 2011
Labels: Rancangan Tahunan KSSR 2011 | author: AdminFiles adalah dalam bentuk zip. Sesiapa yang tidak dapat membuka file words yang terkandung di dalamnya, bermakna program microsoft words korang version lama (version sebelum tahun 2007). Korang boleh convert file tu kepada version lama (guna online converter je).
Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR)
b) Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun (KSSR) - SJK
c) Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 1 (KSSR) - SK - update 29/12/2010
d) Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 1 SK (KSSR) - update 2/1/2011
e) Rancangan Tahunan Bahasa Malaysia Tahun 1 SJK (KSSR) - update 2/1/2011
Bahasa Inggeris Tahun 1 (KSSR)
c) Rancangan Tahunan Bahasa Inggeris Tahun 1 SK & SJK (KSSR) - update 2/1/2011
Matematik Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Matematik Tahun 1 (KSSR)
Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1 (KSSR)
b) Rancangan Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1(KSSR)
c) Contoh Rancangan Pengajaran TMK dan Dunia Sains & Teknologi
Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR)
b) Contoh Rancangan Harian Pendidikan Islam Tahun 1 (KSSR)
Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
b) Contoh Rancangan Harian Pendidikan Moral Tahun 1 (KSSR)
Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR)
b) Pendidikan Jasmani Tahun 1 (KSSR) Terjemahan Bahasa Tamil - update 29/12/2010
Dunia Seni Visual Tahun 1 (KSSR)
Dunia Muzik Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik Tahun 1 (KSSR) - update 29/12/2010
Bahasa Arab Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Bahasa Arab (KSSR)
Bahasa Cina SK Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Bahasa Cina Tahun 1 (KSSR) Sekolah Kebangsaan
Bahasa Cina SJK Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Bahasa Cina Tahun 1 (KSSR) Sekolah Jenis Kebangsaan - update 29/12/2010
Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR) - SK
b) Rancangan Tahunan Bahasa Tamil Tahun 1 (KSSR) - SJKT
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KSSR)
a) Rancangan Tahunan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KSSR)
Baca lagi..