KUALA LUMPUR 30 April – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dibuka sehingga 10.00 malam ini untuk memudahkan orang ramai yang melakukan pembayaran cukai disaat-saat akhir.
Pembantu Pegawai Jabatan LHDN, Mohd. Faizal Amanudin bagaimanapun berkata, pihaknya akan melanjutkan waktu operasi sehingga 12 tengah malam sekiranya masih terdapat ramai yang tidak sempat menjelaskan cukai. - Utusan
Kaunter LHDN dilanjutkan hingga 10 malam
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminMAJLIS PERPISAHAN CIK AIMI NAJWA BT AZMAN
Labels: Kelab Guru | author: AdminTEMPAT : KANTIN SKBB
MASA : 1.15 TGH HARI
TENTATIF
1.15 pm
1.20 pm
- Ucapan Pengerusi Majlis.
- Ucapan Pengerusi Kelab
- Ucapan yang diraikan , Cik Aimi Najwa Binti Azman.
- Ucapan Guru Besar.
- Majlis penyampaian hadiah.
- Jamuan
- Bersurai
PENASIHAT
Pn. Hjh Zaiton bt. Dato' Tambay Chek
PENGERUSI
Pn. Roshayati bt. Abdul Rahim
NAIB PENGERUSI
En. Mat Suhairi bin Mohamad
SETIAUSAHA
Pn. Hasnah bt. Abu Bakar
BENDAHARI
Pn. Rozita bt. Othman
HADIAH
Pn. Noraino bt. Che Omar
Pn. Siti Patimah bt. Omar
DOA
En. Kamarulzaman b Sahat
BROSURE
Pn. Norhamnah bt Mat Zin
PENGERUSI MAJLIS
Pn. Fatimah bt. Saib
KEJOHANAN HOKI MSSM MELAKA 2009 - PUSINGAN KEDUA
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminTARIKH : 2 MEI 2009
MASA : 11 Pagi
TEMPAT : Padang SK. Belimbing
1. SKBB akan berlawan dengan SK. Air Jernih.
2. Guru Pengiring :
- En. Mat Lazi b. Mat Sani
- En. Abdul Razak
- Cik Khairul Faizah Binti Abdul Kadir
3.Jurulatih :
- Encik Hasmawi
LAWATAN KE MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM NEGERI MELAKA 2009
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminTempat : Stadium Hang Jebat
Tarikh : 30.04.2009
Masa : 4.00 petang
1. Murid 1 bas - 40 orang
2. Guru Pengiring :
- En. Mat Lazi Bin Mat Sabi.
- En. Kamaruzaman Bin Sahat.
- En. Md Abu Fadrey bin Md Yusof.
- En. Nor Zaiful Bin Zainal
- Cik Khairul Faizah Binti Abdul Kadir
- Cik Najwa
Ujian Segak Tahun 2008
Labels: Ko-Kurikulum | author: AdminTarikh : 27.04.2009
masa : 3.30 ptg
tempat : Sebelah Makmal Komputer
1. Ujian Segak Akan di adakan kepada semua pelajar.
2. bawa kelengkapan yang perlu untuk tujuan tersebut.
3. Selamat menjawab ujian.
Bayaran Yuran Sekolah
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminTarikh : 27.04.2009
Hari : Isnin
Tempat : Kantin.
Masa : 3.30 ptg
1. Semua ibupaba diwajibkan hadir untuk membayar yuran pada ketetapan seperti di atas.
2. Sila Berhubung dengan guru kelas masing-masing untuk menjelaskan yuran tahunan sekolah.
LADAP 2 SKBB Tahun 2009
Labels: LADAP SKBB 2009 | author: AdminSlot Pertama ( En. Md Abu Fadrey Md Yusof - GPB Sekolah )
Tajuk : Aplikasi ICT Dalam P & P
Masa : 8.00 pg - 10.00 pg
Tempat : Makmal Komputer
1. Pengenalan kepada MS Powerpoint.
2. Asas MS Powerpoint.
3. Rujuk Kepada Bahan yang disediakan dalam blog ini.
Selamat Berkursus.
Slot Kedua ( Tn. Hj. Matshah Bin Othman - Pegawai PPD Jasin)
Tajuk :Nilai& ETIKA
Masa :10.30 - 12.30
Tempat : Tahun 6 Satria)
Slot Ketiga ( Bengkel Dalam Kumpulan Panitia)
Tajuk : Bengkel ( Ikut Kumpula yang telah ditetapkan)
masa: 1.00 - 2.00
Tempat : Bebas
1. Membuat Slaid Powerpoint
2. Persembahan Powerpoint.
Kawal Kemarahan Kita
Labels: Renungan | author: AdminJenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :
* Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri.
* Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
* Golongan ketiga: I'tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Di antara cara mengawal perasaan marah adalah :
Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
Mandi atau Berwuduk. Air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah Bertenang – tarik nafas dalam-dalam dan membuat kiraan hingga 10. Mengelakkan anda mengambil tindakan terburu-buru. membayangkan suasana yang menenangkan Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda. Bijak mencari alternatif. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, malahan dari sudut orang yang menimbulkan kemarahan anda.Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda sudah berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Keletihan membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal. Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat. Banyakkan berzikir, bertasbih dan bertahmid. Banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh daripada IMAN. Banyakkan makan sayur, daging putih (ayam, ikan , daging arnab dsb) dan sup. Kurangkan memakan garam, cili, daging merah (daging lembu, daging rusa, unta dsb), halia, rempah kari / sambal dan bawang dalam masakan. Jangan tinggal Solat lima waktu, banyakkan solat-solat sunat dan solat hajat. Selalu menghadiri kelas agama dan berdamping dengan mereka yang selalu ke masjid. Selalu berbincang seseorang yang anda percaya untuk meluahkan masalah anda. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya dipendam di dalam diri. Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.
Penyakit Hati
Labels: Renungan | author: Admin
Mari kita berusaha dan memohon dijauhi penyakit hati.
Antara tanda-tanda penyakit hati adalah:
01. Benci membenci
02. Gembira atas kesusahan orang lain
03. Dukacita atas kejayaan orang lain
04. Mengharapkan keburukan terhadap orang lain
05. Tidak suka memohon maaf dan memaafkan
06. Hasad dengki
07. Dendam
08. Bakhil atau kedekut
09. Buruk sangka terhadap orang lain
10. Tidak bertolak ansur
11. Tidak bertimbang rasa
12. Berat Tulang dan tidak suka menolong
13. Tamak
14. Degil dan keras hati
15. Mementingkan diri sendiri
16. Sombong
17. Tidak sabar
18. Memandang hina kepada orang lain
19. Riak
20. Bangga Diri
21. Rasa diri bersih dan suci.
Sumber Foto: http://www.thehealthylonglifeblog.com/wp-content/uploads/2008/09/liver-detox.jpg
Visi
Labels: Visi | author: AdminMELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR SK BUKIT BERINGIN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SAHSIAH DAN KURIKULUM.
Baca lagi..
Misi
Labels: Misi | author: Admin
MISI
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERINGIN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM DAERAH ALOR GAJAH MENJELANG TAHUN 2012
Baca lagi..
OBJEKTIF SEKOLAH
Labels: Objektif Sekolah | author: Admin- MENJADIKAN SEKOLAH TEMPAT MENIMBA ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG AKADEMIK.
- MEWUJUDKAN KELAS-KELAS DAN PERSATUAN-PERSATUAN YANG MEMBOLEHKAN ANAK DIDIK MENDAPAT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.
- MEWUJUDKAN SUASANA YANG KONDUSIF UNTUK ANAK-ANAK DIDIK TERSEMAI DENGAN NILAI KEPIMPINAN DAN KEWARGANEGARAAN YANG TERPUJI.
- SEKOLAH DAPAT MENANAM SEMANGAT CINTAKAN NEGARA, SEKOLAH, GURU, RAKAN DAN DIRI SENDIRI.
- MENINGKATKAN PERESTASI AKADEMIK KESELURUHAN WARGA SEKOLAH KE TAHAP MAKSIMUM SEHINGGA 100%.
- MEMASTIKAN KEJAYAAN DALAM BIDANG KO KURIKULUM KE PERINGKAT NEGERI DAN NEGARA
Baca lagi..
Latar Belakang
Labels: Sejarah Sekolah | author: AdminPada tahun 1917 sekolah ini dibuka secara bergotong-royong di batu 19 ¼ Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka. Pada tahun 1918 ia berpindah ke Simpang Tiga di balai bomba ketika itu oleh kerajaan. Bangunan ini ialah bekas balai polis yang ada pada masa itu yang dipanggil Rumah Pasung. Nama sekolah itu ialah Bukit Beringin Vernecular School.
Bentuk bangunan Bukit Beringin Vernecular School ini ialah empat segi; satu tingkat, bertiangkan batu dan dindingnya papan. Belakang bangunan ini berbukit dan di atas bukit ini hidup sebatang pokok yang dikenali sebagai Pokok Beringin. Nama sekolah ini diambil sempena nama pokok tersebut. Guru Besar yang mula-mula bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Omar Bin Ladin. Guru penolongnya dua orang sahaja dan keramaian muridnya ialah 80 orang, terdiri daripada murid lelaki sahaja. Darjah yang tertinggi ialah darjah 3
Apabila keramaian muridnya bertambah, sekolah baru dibuka 0.5 km dari tapak lama, iaitu pada tahun 1942. Pada tahun 1945, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Melayu Bukit Beringin. Darjah yang tertinggi pada masa itu ialah darjah 5. Keramaian murid semakin hari semakin bertambah. Pada bulan Januari 1961, telah diadakan projek gotong-royong bagi menampung kesesakan murid yang semakin meningkat. Pada tahun 1971, sebuah bangunan satu tingkat didirikan di mana ia terdiri daripada sebuah tandas, bilik Guru Besar, sebuah bilik kerani, sebuah stor, sebuah bilik guru, tandas murid lelaki dan perempuan, serta tandas guru lelaki dan perempuan.
Pada bulan Disember tahun 1989, semua bangunan yang ada telah dirobohkan. Perabot-perabot yang ada diagih-agihkan dan terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Sri Laksamana, Masjid Tanah pada sebelah petang selama dua tahun. Pada penghujung bulan Oktober 1991 barulah bangunan ini siap dibina dan diserahkan semula pada 15 November 1991. Bangunan empat tingkat ini mengandungi 10 bilik darjah, sebuah bilik sumber, sebuah bilik tayang, sebuah bilik guru, sebuah bilik manipulatif, sebuah bilik solat, tandas murid lelaki dan perempuan, dua buah bilik wudhu’ dan sebuah kantin didirikan bersama.
Keramaian murid semakin bertambah daripada 10 aliran menjadi 14 aliran. Oleh itu, untuk menampung keperluan kelas, beberapa bilik khas seperti bilik solat, bilik tayang bahkan tandas telah diubah suai menjadi bilik darjah dan bilik komputer. Pada tahun 1996, sebuah surau telah didirikan hasil pungutan derma daripada orang ramai untuk kegunaan murid-murid.
Pada tahun 2004, kerajaan telah meluluskan pembinaan makmal komputer. Makmal komputer ini dilengkapi dengan 21 buah komputer beserta rangkaian internet (School Net) bagi pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Makmal komputer ini telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada bulan Ogos 2005
Pada tahun 2006, jumlah murid semakin meningkat iaitu 513 orang murid, 29 orang tenaga pengajar dan 3 orang guru J-Qaf. Murid-murid Tahun 1 berpeluang menghadiri kelas J-Qaf yang mula diperkenalkan pada awal tahun. Pada penghujung tahun 2007, sekolah mendapat peruntukan untuk Pusat Akses. Sebanyak 10 buah komputer telah dibekalkan bagi kegunaan murid, guru dan komuniti luar. Pusat Akses ini mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2008
Pada tahun 2008 bilangan murid adalah seramai 425 orang. Kelas pemulihan telah berpindah ke bilik darjah yang lebih selesa. Bilangan kelas menjadi 13 aliran. Dengan prasarana yang ada diharapkan warga sekolah dapat menikmati kemudahan yang disediakan.
Baca lagi..
Mesyuarat Guru SKBB
Labels: Mesyuarat Guru 2009 | author: AdminMasa : 1.15 tghari
Hari : Isnin
Ucapan Guru Besar
- Ujian 2. Tahniah kerana dapat menyediakan soalan dengan baik.
- SPPK. (sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan.
- Makluman kepada ibubapa . Larangan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar.
- Ingatkan pelajar tentang perkara tersebut.
- LDP pada hari sabtu. 25/5/2009
- Tarikh ditunda pada 20/6/2009
- 18 mei 2009 hari guru peringkat sekolah.
- Bayaran tambahan . Surat akan diedarkan kepada murid.
- Mohon ibubapa membuat bayaran pada minggu depan pada 27/4/2009 pada waktu ko ko.
- Keluarkan resit dan bayaran diberikan kepada En. Zaki.
- Kwamp usahakan minggu ni juga. selewatnya jumaat ni.
- Bestari : Bincang Jawatankuasa induk dan kerja.(edaran Carta)
- Dapat simpan Jawatakuasa.
- Minta adakan mesyuarat Bestari secepat mungkin.(minta bantauan Pn. Rohaya)
- SPPK:-
- Lihat edaran yang diberikan.
- Program permata Pintar ( Klik )http://www.permatapintar.com.my/intro.aspx
- Tatakelakuan dan tatacara pengurusan tatatertib :-
- Lihat Edaran.
Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri.
Labels: Panatia Pendidikan Islam | author: Admin- Perserta sekolah telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan tersebut.
- Syabas dari semua warga sekolah.
- Moga Tahun depan mendapat tempat yang pertama.
Kursus Motivasi Untuk Tahun 5 & 6 2009
Labels: Kauseling | author: AdminTempat : Kompleks Rakan Muda , Lendu
Masa : 8.00 - 5.30 petang.
Anjuran : Unit Bimbingan Kauseling SKBB.
Slot 1
- Berjalan dengan lancar.
Slot 2
- Berjalan dengan lancar
Peralihan Tugas Guru ICT Kepada GPB
Labels: Penyelaras ICT | author: Admin- Makmal Komputer sekolah telah dipertanggungjawabkan kepada GPB.
- Ini Bermakna GPB memegang tanggunjawab Guru ICT disamping tugasnya.
- Pusat Akses, makmal kumputer, smm, data, juruteknik dan beberapa lagi bahagian telah bertukar harikinya kepada GPB mulai Tahun 2009 dan bukan lagi di bawah GMP.
- Moga dengan tugas baru ini GPB dapat menjalankan dengan baik dengan bantuan guru-guru SKBB.
- Perbincangan ini telah dibuat pada Hari Selasa oleh Guru Besar,PK1, GICT dan GPB.
Hubungi Kami
| author: AdminSK. BUKIT BERINGIN,
78300 MASJID TANAH,
MELAKA
NO TEL :06-3844284
Pencapaian Sekolah
Labels: BINTANG SKBB | author: Admin1. Nur Dyana Binti Mohd. Hanizam
- Naib Johan Pidato Diraja Kawasan Masjid
- Saguhati Pidato Piala Timbalan Perdana Menteri Peringkat Negeri Melaka
- 5A - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
2. Muhammad Azfar Fahmi Bin Zamri
- 1 Perak Gangsa :Kejohanan MSSNM Kawasan Masjid Tanah
- 2 Emas 1 Perak : Olahraga SKBB 2008
- 5A - Ujaian Pencapaian Sekolah Rendah
3. Muhammad Aiman Rafie Bin Yaacob
Taklimat Tugas Guru Penyelaras Bestari
Labels: PGB | author: AdminTarikh : 10.04.2009
Masa : 8.30 pg - 5.00
Ucapan 1 ( Cik Hjh Halimah)
- Ucapan Aluan
- Bacaan Doa
- Hari ini kita akan pecah kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan secara terperinci tugas GPB.
- Harap GPB dapat memahami tugasnya dengan baik.
Ucapan 2 Tn. Hj. kalid
- Menerangkan sejarah guru bestari
- Supaya hasrat KPM untuk melihat program sekolah bestari berjaya.
- Peralihan bebebara bidang tugas dari media ke pada bestari.
- GPB sebagai penggerak program bestari yang dirancang oleh KPM
- Mohon sekali lagi supaya menperjelaskan Tugas GPB kepada GB dan guru-guru disekolah.
Ucapan 3 Tn. hj. Mohd Nor
- Berharap walaupun GPB ini masih baru dam tahun ini adalah kali pertama berkumpul , agar tugas ini dapat dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.
- GPB merupakn pengurus email sekolah.
- GPB menjaga perlatan ICT bukan Bahan ICT.
- BTP akan ada kursus khas untuk membuat Laman Web Sekolah
- GPB mesti menpah capnya.
- GPB yang mengarahkan Juru tenik buat kerja. Tapi pentadbirannya masih bawah GB.
- Juru tenik bukan berada dipejabat tapi di makmal komputer.
Bengkel Tugas Guru Penyelaras Bestari
- Bagi kumpulan perbincangan.
- Masuk data dalam komputer.
- Perbertangan pada pukul 3.30 ptg.
- Masalah guru GPB ( Jawapan dari Cik Hjh Halimah).
Taklimat Penyelenggaraan Bahan ICT
Labels: PGB | author: AdminGuru Besar Bersama Guru PGB.
Tempat : BTPN Melaka
Masa : 2.00 ptg
Hari : Selasa
Ucapan Mohd Nor Bin Abu (Ketua Penolong Pengarah)
- Di adakan kepada semua sekolah
- Di buat dalam kumpulan kecil.
- Ada makan tengah hari.
- Mesyuarat Laman Web Sekolah.
- Boleh capai p&p di sek.
- Capai talian Schoolnet dengan baik.
- Komputer ada jaminan tidak boleh senggara.
- Sumbangan tidak boleh selenggara.
- Kohot ini seratus peratus sek ren
- Juru teknik. KPM tentukan . Gaji dibayar oleh mereka.
- Penyelenggaraan tahun 2009 dibuat secara online.(atas talian)
- Balik bentuk jawatan kuasa (tempoh sebualan)
- SSQS )
- 3 BINTANG telah mencapai pembestarian sek
- SKJC Pin Ming- mencapai 5 bintang.
- Penyelenggaraan on call basic
- Kene ada harta modal baru boleh selenggara.
- Sumbangan yang boleh diselanggaraan memohon dari jabatan untuk jadikan harta modal sek.
- Diminta oleh KPM untuk buat sisten SSQS, SPP ICTS
- Schoolnet. Ditanda tangani oleh kontrak dan gitn.
- 180 buah sekolah N. Melaka. Sebuah sek harian telah berjaya menjalankan komponen pembestraian sekolah.
- Kemahiaran ICT pegetua/GB.
- Ssqs akan dijalankan pada jun/julai.
- Mesti on router 24 jam.
- Tip- dapatkan nombor report Dari GITN. (sebut nama BTPN melaka)
- Semua bekalan kuasa yang berkait dengan ict dibawah kuasa BTPN.
- Dulu manual sekarang atas talian.
- Asal log in (huruf besar) username :kod kesek password : (sama)
- Perubahan username dan password menti diberi salinan ke PKG.
- Hanya 3 orang yang dibenarkan simpan passwod 1. GB 2. GPB 3. Juru teknik (sekolah kena lantik jika tiada).
Bil/perkakasan :
Jenama/model :
Serial no:
Lokasi :
Masalah :
- (sts.moe.edu.my) . Web untuk penyelenggaraan.
- Senaraikan semua harta modan dalam brang STS1. setiap helaian mesti disahkan oleh guru besar.
- Tidak boleh buat panggilan kepada vendor.
- Web btpn melaka (btpnmel.edu.my)
- Pelupusan JPN Melaka melalui PPD.
Ucapan Cik Hjh Halimah Binti Hj. Jantan ( Penolong Pengarah)
- Berharap agar segala keterangan tadi dapat difahami dengan jelas.
- Menerangkan Tugas GPB cara ringkas kerana slaid dalam komputer sudah terpadam
- Juru Teknik akan diberikan secara perperingkat
- PKG akan di isi dulu jawatan tersebut.