KBS SKBB
Hari : Sabtu
Tarikh : 27 Jun 2009
Pukul : 8.00 pg hingga 12.00 tgh
Kem Bestari Solat Kali Ke 2
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminHari Terbuka SKBB
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminHari Terbuka SKBB
Hari : Sabtu
Tarikh : 27 Jun 2009
Pukul : 8.00 - 10.30 pagi
KUTIPAN DATA SPPICTS KE-2 2009
Labels: Penyelaras ICT | author: AdminKUTIPAN DATA SISTEM PEMANTAUAN PENGGUNAAN ICT SEKOLAH (SPPICTS) KEDUA DAN TAKLIMAT PENARAFAN SEKOLAH (SSQS) 2009 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA.
Bahagian Teknologi Pendidikan telah diberi tanggungjawab melapor dan mengambil tindakan bagi perkara berikut :
- menyediakan laporan penggunaan ICT sekolah-sekolah di negeri Melaka
- melaksanakan pelan tindakan penarafan sekolah (SSQS) di 304 buah sekolah negeri Melaka.
Semua sekolah negeri Melaka diminta mengisi maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam Sistem Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT (SPPICTS) bagi kemasukan data kali kedua yang akan berkuatkuasa pada 15 Jun hingga 3 Julai 2009.
MUAT TURUN :
Borang Kosong SPPICTS 2009.pdf
Baca lagi..
LADAP 3
Labels: LADAP SKBB 2009 | author: AdminLADAP 3 SKBB
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg - 2.00 Ptg
SLOT 1
- Pandangan Islam Mengenai Budaya Kerja Cemerlang
SLOT 2
- Taklimat Keewangan ( Sistem Fail) - En Mohd Zaki Bin Zabani
Murid, guru Terengganu terima e-Book
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminKEMAMAN 16 Jun - Pengagihan e-Book kepada semua 23,191 murid tahun lima serta 3,831 guru di Terengganu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya akan mengarahkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengagihkan e-Book di kawasan masing-masing bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar.
Katanya, buat permulaan pengagihan secara terus dibuatnya sendiri kepada seramai 722 pelajar dan guru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.
''Kerajaan akan memastikan semua pelajar berhak memilikinya tanpa kecuali," katanya selepas majlis penyerahan e-Book dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Rendah DUN Kijal di Sekolah Kebangsaan Ibok, di sini hari ini.
Dalam majlis itu Ahmad menyampaikan sendiri e-Book kepada semua 722 pelajar dan ibu bapa yang hadir sejak awal pagi lagi bagi menerima sumbangan kerajaan negeri itu.
Daripada angka itu seramai 57 orang dari Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Sekolah Kebangsaan Kijal (120), Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2, (66), Sekolah Kebangsaan Ibok (59) dan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris (42).
Ini diikuti Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara (17), Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang (183), Sekolah Kebangsaan Padang Kubu (47), Sekolah Kebangsaan Payoh (45) dan Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 85 orang.
Majlis Persaraan Guru Besar SK Bukit Beringin Pn. Hjh Zaiton Binti Dato' Tambay Chek
Labels: Persaraan Guru Besar | author: AdminMAJLIS PERSARAAN BERSAMA PIBG
Tempat : Dataran SKBB
Tarikh : 19 JUN 2009
Hari : Jumaat
MASA : Selepas Sembahyang Jumaat
Baca lagi..
Jamuan Makan Malam Bersama Pn. Hjh Zaiton B. Dato' Tambay Chek
Labels: Persaraan Guru Besar | author: AdminSempena Pesaraan Puan Guru Besar
Tarikh : 17 Jun 2009
Masa : 8.30
Tempat : Bilik Carnation Aras 4 , Hotel City Bayview
Baca lagi..
Majlis Persaraan Guru Besar SK Bukit Beringin Pn. Hjh Zaiton Binti Dato' Tambay Chek
Labels: Persaraan Guru Besar | author: AdminMAJLIS PERSARAAN BESAR-BESARAN
Tempat : Dewan SKBB
Tarikh : 17 JUN 2009
Hari : Rabu
MASA : 10.00 am ~ 1.05 pm
Baca lagi..
Majlis Persaraan Guru Besar SK Bukit Beringin Pn. Hjh Zaiton Binti Dato' Tambay Chek
Labels: Persaraan Guru Besar | author: AdminTeliti cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminPULAU PINANG 9 Jun - Cadangan mewajibkan lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh dilaksanakan setelah ia dikaji secara teliti.
Bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad berkata, kajian itu penting supaya hasrat baik tersebut dilaksanakan secara tersusun dan membawa manfaat kepada semua terutama golongan pelajar.
Katanya, jika aspek berkenaan diabaikan, ia hanya akan menjadi masalah kerana tidak mampu berjalan seiring dengan langkah yang ingin dilaksanakan itu.
Tambah beliau, jika cadangan itu bagi meningkatkan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, ia sangat baik tetapi perlu dilakukan setelah mengambil kira semua perkara.
"Perancangan yang teliti perlu dilakukan antaranya mengenai kemampuan kita menyediakan tenaga pengajar terlatih untuk mengajar subjek berkenaan dan adakah ia mencukupi.
"Begitu juga masalah yang dialami pelajar luar bandar. Ini semua perlu diambil kira supaya mereka ini tidak menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Pertubuhan Penyelidik-penyelidik Bidang Pengurusan dan Pembinaan Malaysia (MiCRA) 2009 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Turut hadir Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Prof. Ir. Mahyuddin Ramli dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan.
Sementara itu, Dzulkifli yang juga Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata, dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, MPM cuba menjadikan kelulusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sebagai syarat wajib memasuki universiti.
Bagaimanapun, katanya, masalahnya ketika ini ialah pelajar yang hanya lulus Aras 1 iaitu kelulusan paling minimum sudah boleh memohon untuk memasuki universiti.
"Apa yang sedang kita cuba lakukan sekarang ialah mendesak kementerian mengetatkan syarat berkenaan iaitu hanya mereka yang mendapat Aras 3 saja boleh memohon.
"Oleh itu, semua pihak tidak perlu takut apabila rancangan ini dilaksanakan kelak," katanya.
UPSI kekurangan bakal guru bukan Melayu dan lelaki
Labels: Maklumat Semasa | author: AdminKUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.
Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.
“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama