Murid, guru Terengganu terima e-Book

|

KEMAMAN 16 Jun - Pengagihan e-Book kepada semua 23,191 murid tahun lima serta 3,831 guru di Terengganu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pihaknya akan mengarahkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengagihkan e-Book di kawasan masing-masing bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar.

Katanya, buat permulaan pengagihan secara terus dibuatnya sendiri kepada seramai 722 pelajar dan guru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

''Kerajaan akan memastikan semua pelajar berhak memilikinya tanpa kecuali," katanya selepas majlis penyerahan e-Book dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Rendah DUN Kijal di Sekolah Kebangsaan Ibok, di sini hari ini.

Dalam majlis itu Ahmad menyampaikan sendiri e-Book kepada semua 722 pelajar dan ibu bapa yang hadir sejak awal pagi lagi bagi menerima sumbangan kerajaan negeri itu.

Daripada angka itu seramai 57 orang dari Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Sekolah Kebangsaan Kijal (120), Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 2, (66), Sekolah Kebangsaan Ibok (59) dan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris (42).

Ini diikuti Sekolah Kebangsaan Bukit Anak Dara (17), Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang (183), Sekolah Kebangsaan Padang Kubu (47), Sekolah Kebangsaan Payoh (45) dan Sekolah Kebangsaan Seri Bandi 85 orang.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB