PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2009

|

Pada tahun 2009 seramai 15,219 orang calon dari 231 buah sekolah bantuan kerajaan di Negeri Melaka telah menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan ini telah dijalankan pada 8 hingga 10 Sep 2009. Prestasi mata pelajaran UPSR 2009 menunjukkan pencapaian tahap penguasaan minimum semua mata pelajaran melebihi 70% kecuali Bahasa Melayu (Kefahaman) SJKT dan Bahasa Melayu (Penulisan) SJKT.

Bagi pencapaian 'A', 8 mata pelajaran menunjukkan pencapaian melebihi 30% iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Melayu (Pemahaman) SJKC, Matematik SJKC, Sains SJKC, Bahasa Cina (Penulisan), Bahasa Tamil (Penulisan), Bahasa Tamil (Pemahaman). Dua orang pelajar bukan Cina dari SJKC merupakan pelajar yang memperolehi 7A iaitu Muhammad Daniel bin Idrus (SJKC Bachang) dan karthika Dewi a/p Sarma Rao (SJKC Notre Demo).

Seramai 10,087 (66.41%) calon daripada 15,187 orang calon yang menduduki UPSR tahun 2009 telah mencapai penguasaan minimum gred A,B dan C bagi semua mata pelajaran. Seramai 1411 (9.29%) orang calon mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A/7A). Seramai 14,826 (97.62%) calon telah mencapai sekurang-kurangnya satu gred C iaitu telah mencapai tahap literasi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Tuan Hj Isa bin Abu mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat mendidik murid sehingga mereka berjaya dan cemerlang. Kejayaan ini adalah hasil dari permuafakatan dan kerjasama ibu bapa, pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah, komuniti dan juga pihak Kementerian Pelajaran. Pengarah juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepda pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan anak-anak berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB