Roshayati Abdul Rahim
Tahniah!.. kerana kenaikan pangkat dan selamat menjalani tugas di tempat baru
|
Roshayati Abdul Rahim
pada malam hari raya, sepatutnya kita berqiamullail, membangunkan malam dengan ibadah, bukannya membangunkan malam dengan membakar lemang dan memasak ketupat serta behibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi.
rasullullah saw bersabda bermaksud: sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan aidiladha, hatinya tidak mati ketika hati yang lain mati
pada hari raya kita disunatkan mandi sunat aidilfitri, makan sedikit sebelum ke tempat solat. ini sebagai mengumumkan hari berbuka kita.
seluruh umat islam termsauk kanak- kanak dan wanita disunatkan juga keluar pada hari raya ini sebagai menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat islam.
wanita ketika keluar ke tempat solat hari raya disyaratkan tidak bersolek-solek, berwangi- wangian dan berhias hiasan. hanya dikehendaki bersih dan menutup aurat.
diriwayatkan daripadaUmmu Atiah bahawa Rasullullah membawa keluar anak dara, dewasa orang tua dan perempuan yang uzur untuk solat dua hari raya.
ada pun perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. salah seorang merka berkata: "wahai Rasullullah, sekiranya dia tidak ada tudung, bersabda nabi, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.
hadis ini menuntut seluruh orang islam sama- sama mendengar dan menghayati khutbah aidilfitri.
setiap amlan baik yang dikerjakan [ada amadhan akan mendapat balasan atau pahala berlipat ganda berbanding bulan lain. inilah antara kelebihan yang diberkan allah kepada umatnya pada bulan ini.
pada bulan mulia umat islam digalakkan bersedekah dalam apa bentuk sekalipun kerana amalan itu mempunyaibanyak keberkatan bukan sahaja kepada pemberi bakan kepada penerimanya.
mengenai perkara ini, daripada riwayat at- tarmizi bahawa rasullullah bersabda maksudnya: "sedeah yang paling utama adalah sedekah pada ramadhan.
oleh tu, setiap umat islam hendaklah berlumba- lumba untuk melakukan kebajikan pada ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti memperbanyakkan bersedekah.
perkara ini kerana balasan di atas setiapsatu kebajikan itu adalah amat besar di sisi allah pada hari akhirat kelak.
bersedekah bukan hanya memberikan wang malah termasuk mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang berpuasa.
konsep mmberi harus diterpkan secara masimum bukan sahaj pada ramadhan bahkan pada bulan lain. perkara sedemikian kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya.
dengan bersedekah seseorang itu akan dapat meghakis sifat kedekut pada dirinya di samping mengeratkan ikatan kemesraan dalam masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
sedekah yang diterima dan bernilai di sisi allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
IBADAT puasa mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri sama ada dari segi rohani, jasmani dan kemasyarakatan.
Orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan terhadap Allah semata-mata, akan dapat membentuk jiwa bersih.
Mereka dapat menahan nafsu sama ada nafsu jantina, makan minum serta melawan diri daripada melakukan sifat tercela seperti mengumpat dan mengeluarkan kata-kata kotor dan lucah.
Begitu juga dari segi kesihatan. Inilah masanya tubuh kita berehat selepas sepanjang masa bekerja tanpa henti.
Al-Tobrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat rampasan perang, berpuasalah kamu nescaya kamu sihat dan musafirlah kamu nescaya kamu senang.”
Puasa juga mempunyai rahsia di sudut kemasyarakatan iaitu memupuk perasaan rahmat dan kasihan belas terhadap anak yatim dan fakir miskin.
Perkara ini kerana orang yang kaya dapat merasakan lapar dan dahaga yang dihadapi fakir miskin.
Tentulah orang yang beriman dan pengasih akan tersentuh perasaan untuk berkasih sayang dan menolong orang yang tidak berkemampuan.
Oleh itu, jadikanlah Ramadan dan ibadat puasa yang kita kerjakan tahun ini sebagai madrasah yang dapat mendidik keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB