Tingkat ibadah malam raya

|

pada malam hari raya, sepatutnya kita berqiamullail, membangunkan malam dengan ibadah, bukannya membangunkan malam dengan membakar lemang dan memasak ketupat serta behibur dengan pelbagai program yang melalaikan hingga ke pagi.


rasullullah saw bersabda bermaksud: sesiapa yang menghidupkan malam aidilfitri dan aidiladha, hatinya tidak mati ketika hati yang lain mati

pada hari raya kita disunatkan mandi sunat aidilfitri, makan sedikit sebelum ke tempat solat. ini sebagai mengumumkan hari berbuka kita.

seluruh umat islam termsauk kanak- kanak dan wanita disunatkan juga keluar pada hari raya ini sebagai menunjukkan kehebatan, kekuatan dan perpaduan umat islam.

wanita ketika keluar ke tempat solat hari raya disyaratkan tidak bersolek-solek, berwangi- wangian dan berhias hiasan. hanya dikehendaki bersih dan menutup aurat.

diriwayatkan daripadaUmmu Atiah bahawa Rasullullah membawa keluar anak dara, dewasa orang tua dan perempuan yang uzur untuk solat dua hari raya.

ada pun perempuan uzur menjauhi tempat sembahyang dan mendengar khutbah. salah seorang merka berkata: "wahai Rasullullah, sekiranya dia tidak ada tudung, bersabda nabi, hendaklah seorang perempuan meminjamkan tudungnya.

hadis ini menuntut seluruh orang islam sama- sama mendengar dan menghayati khutbah aidilfitri.


0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej Anda Disini


ShoutMix chat widget
 

©2009 SK BUKIT BERINGIN ONLINE 2011 | Template Blue by GPB